AISHAH RAIS & ​ASSOCIATES

Membantu anda dalam menyelesaikan ​segala permasalahan berkenaan harta ​pusaka dan lain-lain. Ingin mengetahui ​lebih lanjut, sila klik button di bawah.

Mari kami bantu ​menyelesaikan masalah ini.

Pengurusan Harta Pusaka ​(Surat Kuasa Mentadbir)

Proses pengurusan Harta Pusaka hanya dapat dilakukan oleh waris dengan adanya ​dokumen rasmi iaitu:


"Surat Kuasa Mentadbir"


Tanpa surat kuasa mentadbir, harta yang ditinggalkan simati tidak boleh diproses ​untuk tujuan tuntutan, pembahagian & dipindah milik. Surat kuasa mentadbir juga ​dikenali sebagai “Letter of Administration (LA)” merupakan dokumen rasmi yang ​perlu ada bagi melantik pentadbir harta pusaka untuk menguruskan harta pusaka si ​mati.


Surat kuasa mentadbir ini boleh dimohon oleh waris di Mahkamah Tinggi, Unit ​Pusaka Kecil atau Amanah Raya Berhad mengikut situasi, jenis dan nilai harta ​pusaka.

Prosedur Permohonan Surat Kuasa ​Mentadbir Harta Pusaka

1. Kumpulkan Waris-Waris Yang Ada

2. Kumpulkan Senarai Harta Simati

3. Berbincang Sesama Waris Untuk Melantik Pentadbir

4. Buat Permohonan Surat Kuasa Mentadbir Sendiri / Dapatkan Bantuan Peguam ​Yang Pakar.

5. Perbicaraan Di Unit Pusaka Kecil Atau Mahkamah Tinggi

6. Terima Surat Kuasa Mentadbir

7. Guna Surat Kuasa Mentadbir Bagi Tuntutan Harta Pusaka

Jika anda seorang yang mahir dalam selok belok perundangan, anda boleh ​memohon surat kuasa mentadbir ini sendiri. Tetapi jika tidak, anda ​dinasihatkan untuk memohon khidmat peguam bagi membantu kelancaran ​proses permohonan surat kuasa mentadbir.


Proses permohonan surat kuasa mentadbir boleh mengambil masa lebih ​kurang 4-12 bulan mengikut jenis harta pusaka peninggalan arwah.

Senarai Waris Yang Layak Memohon ​Surat Kuasa Mentadbir

Pemohon mestilah dikalangan waris atau mana-mana pihak yang berkepentingan. Antaranya ​ialah:


  • Suami / Isteri, Ayah & Ibu, Anak (Lelaki & Perempuan)
  • Penerima Wasiat, Pemberi Hutang, Pemegang Amanah, Penerima Amanah & Pemegang Surat ​Kuasa Wakil
  • Lain-lain: Pembeli, Pemegang Gadaian Baitulmal, Penghulu, Pegawai Penempatan, Amanah ​Raya Berhad



Tidak semua waris perlu hadir untuk permohonan, hanya pemohon sahaja.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk ​Permohonan Surat Kuasa Mentadbir

  • Salinan sijil kematian si mati
  • Salinan dokumen kad pengenalan si mati
  • Salinan sijil perkahwinan / daftar perkahwinan si mati
  • Salinan kad pengenalan & sijil lahir waris
  • Salinan geran lengkap berserta pelan tapak (bagi harta tidak alih yang dituntut) atau
  • Salinan surat perjanjian jual beli harta atau daftar pegangan (harta tidak alih yang tidak ada ​geran)
  • Salinan bil / resit cukai pintu
  • Salinan penyata hutang si mati (jika ada)
  • Salinan dokumen yang terkini berkaitan pemilikan harta alih simati: akaun simpanan, sijil ​saham, insurans, geran kenderaan dan dokumen yang berkaitan.

Tempat Permohanan Surat Kuasa ​Mentadbir Harta Pusaka Dibuat

Mahkamah Tinggi

  • Harta Pusaka Besar.
  • Jumlah keseluruhan harta pusaka bernilai lebih dari RM2 Juta.
  • Harta pusaka terdiri dari Harta Tak Alih / Harta Alih / Harta Tak Alih dan Harta Alih.

Unit Pusaka Kecil-JKPTG

  • Harta Pusaka Kecil.
  • Jumlah keseluruhan harta pusaka bernilai kurang dari RM2 Juta.
  • Harta pusaka WAJIB terdiri dari Harta Tak Alih / Harta Tak Alih dan Harta Alih.
  • Tiada wasiat

Amanah Raya Berhad

  • Harta Pusaka Ringkas.
  • Jumlah keseluruhan harta pusaka bernilai RM600,000.00 dan ke bawah.
  • Harta pusaka terdiri dari Harta Alih sahaja.

MASALAH YANG SERING DIHADAPI BERKENAAN ​PERMOHONAN SURAT KUASA MENTADBIR

Secara asasnya, pengurusan harta pusaka tidaklah begitu sukar jika mempunyai dokumen yang ​lengkap dan kesemua waris memberi kerjasama.


Namun begitu terdapat beberapa situasi dimana proses pengurusan harta pusaka ini menjadi begitu ​rumit & sukar seperti:


  • Tidak tahu harta-harta (nilai & jenis) yang dimiliki si mati
  • Ada waris simati yang tidak boleh di kesan
  • Ada waris si mati yang tidak mahu memberi kerjasama
  • Tidak ada persetujuan di antara waris untuk lantik pentadbir
  • Ada waris tidak bersetuju & pertikaikan tentang pembahagian
  • Tidak tahu prosedur untuk membuat permohonan untuk mengurus harta pusaka
  • Ada pihak tidak dikenali menuntut harta simati / mengaku sebagai waris simati
  • Terlalu ramai waris berlapis-lapis dan sukar untuk di kesan
  • Pentadbir meninggal dunia sebelum urusan harta simati sempat diurus tadbir

Adakah Anda Sedang ​Mengalami Kesulitan ​Membuat Permohonan ​Surat Kuasa Mentadbir ​Harta Pusaka Seperti Di ​Atas?

Masalah berkenaan proses ​permohonan surat kuasa mentadbir ​harta pusaka memang sesuatu ​memeningkan bila melibatkan ramai ​waris yang berlapis-lapis, waris tidak ​memberi kerjasama atau pentadbir ​meninggal dunia sebelum urusan harta ​simati selesai diurustadbir.

Masalah ini menyebabkan ​permohonan surat kuasa mentadbir ​serta tuntutan harta pusaka tidak ​selesai & berlarutan sehingga ​bertahun-tahun.

Mahukah kami bantu anda ​menyelesaikan masalah permohonan ​surat kuasa mentadbir harta pusaka ​keluarga anda?

Abstract Minimalist Lined Sun Burst Shape

How We Works

Customer Service Icon
customer service icon

Planning

Building

Kami mengumpulkan segala ​data terlebih dahulu sebelum ​menyelesaikan sesuatu kes

Membina carta untuk ​memudahkan penyelesaian kes.

24 Hours A Day Service

Consultation

Boleh hubungi kami ketika waktu ​bekerja sekiranya mempunyai ​sebarang soalan.

Abstract Minimalist Lined Repeating Triangle Shape
Abstract Minimalist Lined Sun Burst Shape

What Our Team's Say?

"The pain itself is very important, it will be followed by the ​coaching elit, but it happens at the same time that some ​great work and pain. The suspension of the ultris ​pregnant is said to be brown. It is not the pillow nor the ​laoreet that sometimes it is followed by the free one."

Abstract Minimalist Lined Sparkle Shape
Abstract Minimalist Lined Elbow Shape

Zulina

Paralegal

Abstract Minimalist Zigzag Lines Shape

Our Team

Aishah

Syafiq

Hanif

Zulina

Perlukan Bantuan?

Contact Us

Quick Links

Contact Us

©2024 ARA. All Rights Reserved.

Terms of use | Privacy Environmental Policy